Krisis air di Malaysia Krisis_air

Malaysia bertuah kerana mempunyai sumber air yang banyak. Kedudukannya di garisan Khatulistiwa memberikannya hujan sepanjang tahun berjumlah lebih dari 2,000 mm setahun sementara di kawasan pantai timur pula purata sebanyak 5,000 mm. Selain itu Malaysia dirahmati dengan lebih dari 150 buah sungai yang merupakan sumber air mentah utama.Walau bagaimanapun terdapat beberapa krisis air yang berlaku seperti:

  • Krisis air di Lembah Kelang 1998
  • Krisis air di Durian Tunggal, Melaka pada tahun 1991
  • Beberapa siri tumpahan minyak diesel ke dalam sungai yang menyebabkan bekalan air terganggu.